Pemimpin PAS melatah melihat Ustaz Nasha bersama PM


Baru-baru ni kecoh apabila gambar Ustaz Nasha bersama Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Arab Saudi bertemu dengan ulamak tersohor tersebar luas. Maka timbullah bebarapa desas desus kononnya Ustaz Nasha akan mengikut jejak langkah Datuk Hassan Ali dengan meninggalkan PAS.

Persoalannya apakah punca-punca dan sebab yang mendorong Ustaz Nasha menjauhi PAS? Adakah kerana PAS bekerjasama dengan DAP? Atau mungkin PAS sudah hilang pendirian mengenai perjuangan untuk menegakkan hukum Hudud? 

Lantaran daripada itu beberapa pemimpin PAS dilihat seperti tidak senang duduk, panas bontot agaknya. Dan ini adalah diantara ulasan-ulasan pemimpin parti tersebut :

Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan :

"Saya menggesa supaya Ustaz Nasharudin datang berbincang dengan pimpinan parti jika ada perkara yang beliau tidak puas hati. Tiada siapa yang gembira dengan perkembangan ini kecuali musuh politik yang mahu melihat pergolakan berlaku dalam parti."

Setiausaha Agung Pas, Datuk Mustafa Ali :

"Pas sedang mengikuti "perkembangan" pendirian bekas Timbalan Presidennya, Nasharudin Mat Isa yang dilaporkan menggesa parti itu keluar Pakatan Rakyat (PR) ekoran pendekatan DAP terus menentang hukum hudud. Bagaimanapun di pihak kepimpinan pusat, kami sedang mengikuti perkembangan mengenai isu ini," 

Setiausaha Pemuda Pas Negeri Kelantan :

"Sedangkan semua pihak sedia maklum bahawa kerajaan pusat yang ditunjangi oleh Umno dan Barisan Nasional (BN) sebenarnya menghalang pelaksanaan hudud di Kelantan selama ini. Ditambah dengan sikap beliau yang dilihat pro-Umno sejak kebelakangan ini, Pemuda Pas Negeri Kelantan melihat amat wajar untuk beliau membuat pengisytiharan rasmi adakah beliau masih setia bersama Pas atau sebaliknya,"

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat :

"Soal keluar parti bergantung kepada individu itu sendiri atau keputusan PAS pusat. Apa yang saya nyatakan hanyalah saya tidak hairan jika mana-mana tokoh mengambil keputusan untuk keluar dari parti,"

Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar :

"Kalau beliau ada pandangan berbeza dengan Majlis Syura Ulama, beliau perlu berani berhujah dengan ahli Majlis Syura yang lain. Persoalannya, adakah beliau rasa takut untuk berhujah dengan mereka? Adakah beliau tidak cukup ilmu yang beliau miliki untuk bertemu dalam mesyuarat?"

Realitinya situasi kali ini adalah situasi yang sama sepertimana Datuk Hassan Ali meninggalkan PAS. Suaranya tidak didengari malah diabaikan begitu sahaja, PAS seolah-olah tunduk dengan apa sahaja kehendak DAP.

Anda rasional?
Fikirkan.





Kantoi ! Nik Aziz tak tahu hukum Hudud !

Sinar Harian 13 Ogos 2012

Pelik dan menghairankan bila seorang yang kononnya bergelar 'ulamak' membicarakan soal hudud tetapi akhirnya membuka pekung sendiri. Persoalannya adakah Nik Aziz tidak sedar apa yang dikatakan atau dia memang kurang ilmu dalam soal perlaksanaan hukum Hudud?

Perhatikan petikan artikel ini (gambar tidak jelas untuk artikel penuh klik sini)  :

"Mengikut undang-undang sekarang, jika kes dadah pesalah dikenakan hukuman gantung sampai mati tetapi jika hudud mereka dikenakan potong tangan"

"Jika gantung mereka hanya dibawa ke kubur tetapi jika potong tangan seluruh manusia akan mengambil pengajaran dan tidak melakukan perkara yang boleh merosakkan diri"

Persoalannya dalil dan ayat Al-Quran mana yang mengatakan pesalah dadah dikenakan hukuman potong tangan? Adakah Nik Aziz cuma tangkap muat dengan apa yang berlegar dalam fikirannya?

Jadi bagaimanakah hukuman hudud yang akan dikenakan kepada pesalah dadah?

"Tidak tedapat nas keterangan di dalam al-Quran dan al-sunnah tentang hukum dadah, dan tidak terdapat apa-apa keterangan pendapat dari imam-imam yang mujtahidin dalam keempat-empat mazhab (Abu Hanifah, Malik, Syafie dan Ahmad bin Hanbal) mengenai hukum dadah. Ini ialah kerana dadah belum terkenal dalam zaman mereka. Apabila masalah ini timbul pada akhir abad keenam hijrah, para ulama' fiqh telah berijtihad untuk mendapatkan hukum dadah dengan berqiaskan kepada arak, iaitu dengan melihat kepada dalil-dalil yang disebutkan dalam pengharaman arak dan juga dalam alasan hukum dan sejauh mana wujud persamaan antara arak dengan dadah dalam alasan hukum tersebut"

"Dadah adalah haram hukumnya dari segi syara'. Dalil pengharaman itu berdasarkan kepada keterangan nas kerana ia termasuk dalam pengertian umum "benda-benda yang memabukkan' atau dengan berqias kepada "arak" kerana kedua-duanya mempunyai alasan hukum yang sama, iaitu "memabukkan' atau kerana terdapat dalam dadah keburukan-keburukan terhadap individu dan masyarakat. Dalam hal ini, ulama' berpendapat hukuman (had) bagi kesalahan menagih dadah juga turut diqiaskan kepada hukuman yang dikenakan ke atas kesalahan meminum arak."

"Orang-orang Islam yang meminum arak, pesalah dadah dan telah sabit ke atasnya hukuman tersebut wajib disebat sebanyak 80 kali sebatan. Hukuman 80 kali sebatan kali sebatan ini dikenakan ke atas peminum arak untuk kesalahan yang dilakukan berulang-ulang sehingga sebanyak 3 kali. Sekiranya kesalahan tersebut diteruskan juga dalam erti kata lain si peminum sudah ketagihan maka dalam hal ini ulama' berpendapat hukuman selayaknya dikenakan adalah hukuman pancung. Hukuman ini hanya boleh dilakukan oleh imam (pemerintah atau hakim dalam sesebuah negeri."

Sekarang adakah anda faham akan perlaksanaan hukum Hudud? Jadi, adakah anda yakin bahawa sang 'ulamak' ini mampu melaksanakan hukum Hudud di negara kita?

Anda rasional?
Fikirkan.

Logo Merdeka dihina lagi

Logo kemerdekaan tahun ini !

Ini pula logo yang direka oleh aktivis PKR - Hishamuddin Rais !

Apakah perasaan anda sebagai seorang rakyat Malaysia?
Adakah anda masih mampu bersabar dengan tingkah laku biadap aktivis ini?

Inikah perubahan yang kita inginkan?

Dalam artikelnya lagi klik sini dia turut menghina DS Najib Razak dengan menuduh beliau mempunyai hubungan sulit dan pernah melakukan zina bersama artis Ziana Zain. 

Tolong tolak PKR !

Zunar umpama binatang



Bendera Malaysia : Jalur Gemilang kebanggaan rakyat Malaysia.

Bulan ini ialah bulan kemerdekaan, bulan kita menyambut kebebasan negara kita dari ancaman penjajah tapi sayangnya. masih ada lagi yang tidak hargai erti keamanan dan kemakmuran.

Adakah anda masih ingat lagi kartunis Zunar yang pernah menghina DYMM Sultan Johor? Menghina Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi? Menghina UMNO? Menghina Islam? Menghina Tun Dr Mahathir Mohammad? Klik sini untuk mengetahui.

Dan kali ini kartunis ini sengaja mencetuskan provokasi dikalangan rakyat Malaysia dengan kartun terbaru beliau di portal Malaysiakini.



Biadap dan tidak bertamadun !

Dimanakah nilai dan semangat patriotik kartunis ini? Inikah budaya baru atau ideologi negatif yang cuba diserapkan kepada rakyat Malaysia?

Anda rasional?
Fikirkan.

Adun DAP tak sekolah


Biadap ! Tak bertamadun ! Kurang ajar !

Adun DAP ini mendakwa Malaysia akan memperolehi pingat emas pertama sukan olimpik sekiranya Pakatan Haram mengambil alih pemerintahan Barisan Nasional.


Bukan itu saja malah dia mendakwa pemain negara China, Lin Dan jauh lebih baik dari pemain negara Datuk Lee Chong Wei. Malah dia turut memperlekehkan kemampuan Datuk Lee Chong Wei !


Dia juga turut menghina dan mengejek nama Datuk Lee Chong Wei !


Budaya jenis apakah yang sedang dibawa oleh pemimpin sial ini? Dimanakah nilai dan semangat patriotik si sial ini?

Anda rasional?
Fikirkan.

Replika botol arak terbesar di Penang

Satu replika botol arak terbesar telah dibina di bandar Georgetown.

Kelihatan gah dan selepas ini umat Islam di Pulau Pinang boleh menatap sepuasnya.

Ia mengandungi 400 botol arak keseluruhannya.

Sebagai orang yang beragama Islam tidakkah ini satu provokasi dan tindakan yang sengaja mencetuskan kemarahan di dalam bulan Ramadhan yang penuh mulia. Adakah kerajaan negeri tidak mengambil kira sensitiviti umat Islam?

Atau mungkin Pulau Pinang ingin menjadi Singapura ke-2.

Anda rasional?
Fikirkan.

Abby Abadi : Media Malaysia milik UMNO

Media di Malaysia milik mereka (UMNO)

Penghijrahan bermaksud berhijrah atau transformasi dari yang tidak baik kepada yang baik. Siapa yang tidak kenal dengan Abby Abadi, artis yang pernah kontroversi dengan isu penceraian bersama bekas suaminya dulu Norman Hakim.

Baru-baru ini tercetus beberapa isu yang ditimbulkan oleh artis ini. Ada yang positif dan ada juga yang negatif.

Ok aku mulakan dengan yang positif dahulu. Dulunya artis ini seorang yang artis yang seksi dan sering sahaja terlibat dengan kontroversi. Kini dia sudah bertudung. Err.. itu sahaja yang postifnya.

Yang negatif?

Sejak dia bertudung dan kemudiannya menyertai PAS dia pernah dicabar untuk berdebat dengan AC Mizal rentetan kenyataannya yang menghina PDRM klik sini

Beliau juga disindir Ziela Jalil yang melihat beliau terlalu ekstrim dan hanya mencari salah kerajaan klik sini

Beliau juga pernah ditegur oleh beberapa artis lagi ekoran dakwaan kononnya susah untuk mencari rezeki di Malaysia apabila bertudung.

Nak lagi?

Ok ini yang terbaru.

 "Rezeki lain ada, rezeki berlakon memang xde, media mereka (UMNO) punya. Kena faham tu tapi xpe. Alhamdulillah"

Abby Abadi ni percaya kepada Qada Qadar atau tidak? Nak selit sikit, sebenarnya dia dihina dan diaibkan bukan kerana dia berhijrah dan memperjuangkan agama Islam, tapi dia diperlakukan sebegitu dek kerana perlakuannya yang 24/7 hanya mengutuk dan menyalahkan kerajaan.

Nampak bezanya?

Anda rasional?
Fikirkan.


Dipukul Mat Bangla




Seorang pekerja Nepal cedera dipukul tiga pekerja Bangladesh yang menghalang dia dan rakan-rakannya dari menggunakan bilik air di asrama pekerja di Felda Semaring, Dungun kelmarin.

Kejadian berlaku kira-kira 3 petang apabila tiga pekerja Nepal pergi ke asrama pekerja Bangladesh itu untuk menggunakan bilik air kerana di asrama mereka mengalami masalah air.

Bagaimanapun pekerja Bangladesh tidak membenarkannya, lalu berlaku pertengkaran serta pergaduhan. Mereka memukul antara satu sama lain menggunakan cangkul, kayu dan golok.

"Pergaduhan menyebabkan seorang buruh Nepal yang berusia 20-an cedera teruk di kepala manakala yang lain cedera ringan," kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, ACP K. Manoharan.

Beliau berkata sehubungan itu polis telah menahan para pekerja itu untuk disiasat di bawah Seksyen 148 Kanun Keseksaan kerana merusuh.

Kesemua mereka mempunyai permit dan pasport yang sah. - Bernama

AN - Ni mesti kes terpengaruh dengan rusuhan Bersih tempoh hari.. hahaha


Adam Adli membangsat lagi.

Apabila si bangsat mula bertindak bangsat di bulan yang mulia ini.

Adam Adli sekali lagi sengaja menimbulkan isu dengan kali ini sengaja menghina dan menjatuhkan maruah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melalui tulisan beliau di laman Merdekareview


Menurutnya "Saya sedang menyelamatkan kuasa polisi umat Melayu dari dirampas oleh orang Cina dan India".


Menurutnya lagi "Pilihanraya dalam Negara kita masih terlalu jelik untuk dibanggakan. Maka apabila Perdana Menteri Najib Razak digelar sebagai 'demokrat palsu' oleh Mark Mackinnon Dalam Globe and Mail, khalayak masyarakat seharusnya sudah boleh memahami bagaimana pemimpin Negara kita ini boleh mendapat gelaran tersebut yang turut pernah dikalungkan kepada Hosni Mubarak dan Milosevic"

Mengapa mengambil gelaran negatif yang diberi oleh orang luar kepada pemimpin kita? Mengapa tidak mengambil kata-kata pujian kerabat Diraja Saudi? Mengapa perlu menggunakan pandangan kafir ejen yahudi?
 
Anda rasional.
Fikirkan.

Benarkah ejen UMNO/BN buat kerja di alam maya?

Lagu tema sempena Hari Kemerdekaan tahun ini mendapat 30 ribu dislike di Youtube.

Video yang dicipta untuk menyindir lagu tersebut mendapat respon hampir seribu like!

Juga video yang menyindir Logo tema Kebangsaan tahun ini mendapat respon mencecah 3 ratus like!

Persoalannya adakah ejen UMNO/BN yang diamanahkan untuk melindungi kerajaan dalam kempen politik di dalam alam siber menjalankan tugas dengan betul? Adakah mereka terlepas pandang atau memang mereka sengaja membiarkan penyokong mahupun askar-askar Pakatan Rakyat menguasai ruang siber ketika ini?

Dimanakah panglima-panglima perang UMNO/BN ketika ini? Hanya membiarkan sahaja?

Bukan soalnya lagu itu sedap atau tidak, bukan soal lagu itu mengarut atau tidak, bukan soal logo itu cantik atau tidak, itu aku katakan alasan yang terakhir, perjuangan tetap perjuangan. Sepatutnya kita gerak gempur, mempertahankan kerajaan secukup-cukupnya. Mengapa tidak kita bersama-sama walaupun sehingga berjaga 7 hari 7 malam sekalipun untuk pastikan bilangan LIKE melebihi yang DISLIKE.

Risiko? Orang yang atas pagar.

Benarkah Nik Aziz diperdaya agenda Kristian?


Kebetulan atau memang disengajakan? Pelik, seorang yang bergelar Ulamak tapi begitu mudah diperdaya dengan agenda kafir laknat dalam mempengaruhi budaya kafir Kristian. Simbol dua jari kepit membawa kepada simbol lambang salib, simbol itu sebagai simbolik kepada kempen 'Royalti'.

Bagaimana ya seorang yang tinggi pengetahuan agamanya dan menjadi idola serta role model bagi sesetengah penganut agama Islam di negara ini begitu mudah diperbodohkan. Kebetulan?


Anda rasional?
Fikirkan.